Monday, June 13, 2016

Pokok Koko pertama.

12.06.2016.

Pokok ini akan saya campurkan dengan pokok cili padi, halia, serai dan lada putih...dll..

Ni ialah bibit pertama sebanyak 50 pokok yang saya beli dari keningau...berat juga berasap brake turun kimanis...


Sebahagian bibit koko


Sebahagian sudah tanam...tapi pic belum ada lagi...

15.06.2016

Tanam saja tanpa pelindung sebab musim hujan...tanam cara berani saja ni...biasanya koko ni perlu penaung...saya saja cuba jaya,...jaring hitam dah ada cuma tidak berkesempatan pasang...harap pokok ni dapat survive...


Guna bag saja sebab jalan raya ke kebun belum siap


salah satu yang sudah ditanam


harap tumbuh..
Tanah berhemburan sebab hujan tinggal 100 meter ke kawasan penanaman...tu tidak sempat kemas...snap gambar dan terus naik motor pulang rumah....sempat tanam 7 pokok dalam masa 10 minit...hehe..


15.07.2016

Pokok koko tumbuh dengan subur dan hanya terdapat 3 pokok sahaja yang kering dan yang lain telah tumbuh dengan subur, penanaman ini ditamatkan setakat ini sahaja dan akan ditunggu sehingga berbuah untuk ditanam lagi pada masa yang akan datang....jumpa lagi 3 tahun daripada sekarang...

 
JUMPA LAGI PADA JULY 2019 JIKA ADA UMUR YANG PANJANG.




akan diupdate PADA TAHUN 2019...APABILA KOKO YANG DITANAM INI BERBUAH UNTUK DIJADIKAN BENIH.

No comments:

Post a Comment